Kelebihan Ayat Kursi
Thursday, 4 April 2013
Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta
membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
- Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”
Posted by julia87 at 04:00 0 comments
Fadhilat & Khasiat Surah Al-Waqiah
Wednesday, 3 April 2013
Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak
pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana
diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini,
yang ertinya kiamat.
Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan
yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir.
Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai
bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.
Al-Waqiah Surah Kekayaan
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
- Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
- Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
- Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
- Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Khasiat Surah Al-Waqiah
Di dalam surah Al-Waqiah terkandung beberapa fadhilat dan khasiat, antara lain:
- Mereka yang membacanya sebagai wirid, Insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya.
- Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
- Mereka yang membacanya sebanyak 14 X setiap lepas Solat Asar, Insya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
- Jika dibaca surah ini sebanyak 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
- Menjadi orang kaya yang sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 X selepas Solat Subuh dan 3 X selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
- Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
- Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali.
- Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali.
- Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
- Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah :
“Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, Insya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Petua dari Syeikh Abi’l Abbas
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya; Dengan mengamalkan seperti berikut:
- Bila hendak mengamalkan surah Al- Waqiah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Buka puasanya hanya makan sayur-sayuran / tumbuhan sahaja (tidak memakan sesuatu yang bernyawa seperti tidak makan ikan, daging, segala haiwan).
- Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqiah sebanyak 25 X. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isyak pada Jumaat berikutnya.
- Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqiah sebanyak 125 X, kemudian berselawat 1000 X.
Bacalah surah Al-Waqiah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezki dariNya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/
Posted by julia87 at 21:17 0 comments
TEMPAT MUSTAJAB DOA Di Sekitar Makkah.
Monday, 1 April 2013
1.Hajar Aswad (batu dari syurga).
2.Multazam / Hateem
3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
8.Hijir Ismail. Lepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan).
9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
11.Rukun Yamani
12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).
sumber-syafiqolbu-
1.Hajar Aswad (batu dari syurga).
2.Multazam / Hateem
3.Tempat Jibril mengimami Nabi Muhammad SAW.
4.Tempat Asal Makam Nabi Ibrahim.
5.Binaan Makam Nabi Ibrahim Sekarang. Berdoa di antara azan Subuh hingga Iqamat (minta kebahagiaan keluarga).
6.Pintu Bani Syaibah (tempat masuk Nabi Muhammad SAW).
7.Telaga Zam-zam. Antara azan Maghrib hingga Iqamat (minta ilmu makrifat).
8.Hijir Ismail. Lepas Asar hingga Maghrib (minta kekayaan).
9.Mizab Rahmah (Pancuran Rahmat).
10.Mustajaar (Pintu keluar Kaabah – ditutup).
11.Rukun Yamani
12.Tempat bermulanya Tawaf (penjuru Hajar Aswad).
13.Mihrab Nabi Muhammad SAW di Madinah (bertentangan dengan pancur emas Kaabah).
sumber-syafiqolbu-
Posted by julia87 at 17:18 0 comments
Tips dan Petua Ibu Hamil cara tradisional
Thursday, 28 March 2013
1) Atasi rekahan semasa hamil - Sapukan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
2) Hilangkan rasa loya - Ambil segengam daun kari, bersih dan kisar
sehingga menjadi jus. Campurkan jus dengan perahan Limau nipis dan 1
sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. InsyaAllah rasa loya akan hilang.
3) Mudah Bersalin - Apabila kandungan berusia
6bln, amalkan memakan 1 sudu teh Minyak Kelapa yg dibuat sendiri
sekurang-kurangya tiga kali seminggu. Setelah kandungan berusia 9 bulan
pula amalkan pengambilan setiap hari.
4) Ingin anak bekulit cerah - Ibu hamil disarankan agar makan banyak sayur berwarna hijau terutama sayur bayam.
5) Kulit anak bersih - Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa
agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar
daripada masalah ruam.
Posted by julia87 at 18:27 0 comments
Labels: tips
11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT
Friday, 22 March 2013
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Posted by julia87 at 10:00 0 comments
Perkara-Perkara Sunat di Hari Jumaat
Thursday, 21 March 2013
Berikut perkara-perkara yang disunatkan pada hari jumaat:
1) Disunnahkan berdoa
kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa).
Doa yang paling disukai oleh RasulullahS.A.W adalah meminta kebaikan
di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu
hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga
mengatakan:
“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” - (HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim)
2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam
Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata:
“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.” - (HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)
3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi shallallahu `alaihi wa sallam berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” - (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)Pada lafaz Tirmidzi:
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu`anhu bahawa Nabi S.A.W berkata;
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.” - (Muttafaqun `alaihi)
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi S.A.W terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa :
Rasulullah S.A.W membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi S.A.W membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).
credit to : http://myibrah.com
Posted by julia87 at 20:27 0 comments