10 tips GHAIRAH BELAJAR......!!!!

Monday, 21 November 2011

kata-kata hikmah dalam menuntut ilmu:

'Kalau anda inginkan dunia, carilah ia dengan ilmu. Kalau anda inginkan akhirat, carilah ia dengan ilmu juga. Kalau anda mahukan kedua-duanya, carilah dengan ilmu..'


Macamana nak mendapat rasa ghairah belajar?


1) Tetapkan target. Contoh, nak dapat CPA=4 (target sebelum memulakan semester).
2) Ikhlas belajar. Contoh, sambung PhD adalah kerana nak jadi seorang pensyarah, bukan sambung phd sebab tak dapat kerja sebagai engineer...
3) Anggap diri anda sebiji gelas yang kosong. Setiap kali masuk kelas, anggap anda adalah gelas yang kosong yang akan dipenuhi dengan ilmu. Kalau anda awal2 lagi menganggap anda gelas yang penuh, pastilah sangat sedikit ilmu yang boleh masuk.
4) Kasihi guru dan orang yang lebih tua. Walaupun anda lebih pandai daripada mereka, tetapi mereka lebih berpengalaman dan sudah melalui apa yang anda lalui.
5) Jauhi 'Dream Stealer'. Mereka adalah orang yang sentiasa berfikiran negatif, suka merungut, mengkritik, tidak menghormati orang lain dan suka merendah-rendahkan kemampuan orang lain. Insya Allah, saya akan post satu entry mengenai 'dream stealer'.
6) Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan orang sekeliling.
7) Elakkan melakukkan maksiat. Contoh, jika menonton filem hollywood yang ada babak 18SX, didik diri anda supaya jangan tengok. Tutup muka anda dengan bantal..
8) Pastikan mengambil makanan berkhasiat. Contoh, jika lunch dah makan KFC, malam makanlah tomyam atau sup sayur. Jangan pula malam makan mekdi pula..
9) Beriadahlah..Ini satu kemestian.. JANGAN cari alasan..jika anda tak suka jogging, jalan2 sahajalah di taman2 atau sekitar perumahan/kolej anda..Lagipun beriadah akan buat anda nampak lebih muda dan berseri :)..
10) Jaga kecantikan diri. Tingkatkan skin care routine anda..Juga kesihatan gigi..Jangan lupa floss gigi anda ya :)..



http://www.drsitihamidah.com