1) Atasi rekahan semasa hamil - Sapukan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
2) Hilangkan rasa loya - Ambil segengam daun kari, bersih dan kisar
sehingga menjadi jus. Campurkan jus dengan perahan Limau nipis dan 1
sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. InsyaAllah rasa loya akan hilang.
3) Mudah Bersalin - Apabila kandungan berusia
6bln, amalkan memakan 1 sudu teh Minyak Kelapa yg dibuat sendiri
sekurang-kurangya tiga kali seminggu. Setelah kandungan berusia 9 bulan
pula amalkan pengambilan setiap hari.
4) Ingin anak bekulit cerah - Ibu hamil disarankan agar makan banyak sayur berwarna hijau terutama sayur bayam.
5) Kulit anak bersih - Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa
agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar
daripada masalah ruam.
Tips dan Petua Ibu Hamil cara tradisional
Thursday, 28 March 2013
Posted by julia87 at 18:27 0 comments
Labels: tips
11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT
Friday, 22 March 2013
PERCAYA kepada malaikat adalah antara
rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia
dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi
ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat
diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan
bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga
sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga
solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam
hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana kalian meninggalkan
hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang
melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang
melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Posted by julia87 at 10:00 0 comments
Perkara-Perkara Sunat di Hari Jumaat
Thursday, 21 March 2013
Berikut perkara-perkara yang disunatkan pada hari jumaat:
1) Disunnahkan berdoa
kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/saat mustajab (mudah terkabul doa).
Doa yang paling disukai oleh RasulullahS.A.W adalah meminta kebaikan
di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu
hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga
mengatakan:
“Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” - (HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim)
2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam
Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata:
“Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena shlawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.” - (HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no.925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)
3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi shallallahu `alaihi wa sallam berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” - (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)Pada lafaz Tirmidzi:
“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu`anhu bahawa Nabi S.A.W berkata;
“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafaz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan:
“Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.” - (Muttafaqun `alaihi)
Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi S.A.W terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa :
Rasulullah S.A.W membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi S.A.W membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).
credit to : http://myibrah.com
Posted by julia87 at 20:27 0 comments
TIPS KETIKA PROSES BERSALIN
1. Sebelum masuk ruang bersalin minta maaf pada suami, mak, ayah dan mak, ayah mertua dahulu. Minta mereka redha dan doakan semua s elamat.
2. Kawal dan tenangkan minda. Set dan tetapkan untuk memikirkan perkara yang baik-baik sahaja. Kosongkan fikiran, bayangkan berada di tempat yang aman, damai, nyaman, masukkan rasa bahagia. Cuba bayangkan anak yang bakal lahir itu comel dan bakal menjadi anak yang soleh. Insyaallah bayangan-bayangan ini akan membuatkan anda tenang dan lupa tentang kesakitan.
3. Kawal dan jaga pernafasan anda. Tarik nafas menggunakan hidung dan lepas menggunakan mulut. Tarik dalam-dalam, tahan sedikit, kemudian lepas perlahan-lahan.
4. Ketika meneran jangan keluarkan suara atau menjerit. Itu cara meneran yg salah. Cuba tahan suara dan teran.
5. Kalau tiada contraction jangan meneran untuk mengelakkan kehabisan tenaga.
6. Sentiasa zikir dan jangan tinggalkan Doa Nabi Yunus.
Posted by julia87 at 00:33 0 comments
Labels: tips
Subscribe to:
Posts (Atom)